Setia bersama....

Monday, June 7, 2010

Mengenalpasti nilai murni dalam petikan KOMSAS

Assalamualaikum
Apa khabar?
Harap semuanya sihat. Menanda kertas jawapan pelajar dalam peperiksaan memang sesuatu yang agak mencabar. Lebih-lebih lagi apabila mereka menjawab tidak seperti yang kita harapkan. Soalan nilai dijawab pengajaran. Soalan pengajaran pula dijawab nilai.

Apabila membincangkan nilai dalam petikan, ada pelajar yang agak keliru dan tidak dapat menyatakan nilai yang terdapat dalam petikan KOMSAS. Pelajar mungkin terlupa dan tidak dapat menghubungkaitkan dengan pelajaran.

Mungkin ini dapat membantu. Pernah mendengar lagu BUDI BAHASA BUDAYA KITA? Dalam lagu ini banyak mengandungi nilai-nilai baik yang boleh kita gunakan untuk mengkaji nilai dalam KOMSAS.


Berikut disertakan lirik lagu tersebut.....

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita


Bagaimana? Dapat membantu?

1 comment:

  1. terima kasih cikgu :D. sy pun kadang2 pening juga masa nak buat nota utk kelas tusyen. sy bimbang apa yg sy ajar tak seimbang dgn apa yg pelajar sy belajar dalam kelas.

    ReplyDelete