Assalamualaikum...selamat hari Isnin....aikk....cuti sekolah lah....hehe...macam tidak percaya pulak kan? Sehari sebelum bercuti, pada hari Jumaat 11 Mac 2011, saya ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk Bengkel Penulisan Kreatif Pelajar Sekolah Menengah Daerah Temerloh anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang. Alhamdulillah segalanya lancar dan saya dapat melaksanankan tugas dengan sebaik mungkin. Pada saya, kecil atau besar majlis itu bukan ukuran. Yang paling penting, tugas yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.
Yeahhh.....cuti time...tibalah masa untuk melarikan diri sebentar dari kerja sekolah yang tidak pernah habis. Lari sekejap untuk menikmati alam ciptaan Allah. Indahnya pantai yang memutih, laut yang membiru dan udara yang sangat menyegarkan.
Negara kita banyak tempat yang menarik. Banyak pantai yang indah terbentang, banyak hutan simpan untuk kita terokai, banyak tempat membeli belah bagi mereka yang menggemari aktiviti "menghabiskan duit", banyak gunung dan pusat peranginan tanah tinggi untuk kita sama-sama merasai kedinginannya. Maka perlukah kita melancong ke luar negara?
Hmm...saya pernah melancong ke Beijing. Pengalaman tersebut sampai sekarang tidak terungkap dengan kata-kata. Sampai sekarang masih tidak mempercayai bahawa saya sudah sampai ke negara Puteri Hang Li Po itu. Bagi mereka yang berduit dan mampu, tidak salah untuk melancong ke negara luar. Jika tidak, adalah lebih berbaloi jika melancong di dalam negara kerana Malaysia merupakan negara yang sangat indah dan lengkap serba-serbi.
Sebenarnya faktor berikutlah merupakan faktor mengapa Malaysia boleh menjadi pilihan tidak kira pelancong asing atau pelancong tenpatan untuk melancong.
1. Faktor cuaca yang tidak bermusim
2. Kemudahan tempat tinggal (hotel, chalet, rumah penginapan)
3. Murah
4. Makanan yang mudah untuk didapati
5. Kemudahan pengangkutan
6. Bentuk muka bumi ( ada pantai, tanah tinggi, pulau dan sebagainya)
7. Tempat membeli belah yang menjadi kegilaan
Apa lagi? Jom melancong....Cuti-cuti Malaysia....
0 comments:
Post a Comment