Setia bersama....

Wednesday, March 2, 2011

Muliakanlah ibu bapa kita....



Saya ketika remaja bukanlah tergolong dalam golongan jahat melampau. Cuma saya agak nakal tetapi tidak sampai melawan kata-kata ibu bapa. Mak dah abah saya sangat tegas ketika mengajar saya. Maklumlah, abah orang kuat sebuah parti politik berteraskan Islam. Sudah tentu abah tak mahu saya jadi seperti nila setitik yang akan membirukan susu sebelanga.

Walaupun pada waktu itu saya bersekolah agama, saya tidak lekang dari dikawal oleh ibu bapa. Saya tidak pula merasa rimas. Cuma geram kerana tidak dibenarkan berkawan dengan kawan-kawan saya yang kebanyakkannya nakal-nakal belaka. Saya pernah ada keinginan untuk lari dari rumah. Namun, apabila memikirkan wang dalam tabung hanya ada tidak lebih dari RM20.00, saya rela dikawal di rumah dari merempat di kaki lima.

Itulah saya. Sesungguhnya saya bersyukur dikurniakan mak dan abah yang begitu mengambil berat akan saya. Mereka tidak mahu saya jadi teruk. Mereka mahu saya menutup aurat dan menjaga pergaulan serta tidak meninggalkan solat.

Namun, tidak ramai yang suka diri mereka dileteri oleh ibu bapa mereka pada masa sekarang. Pada zaman ini, ramai remaja di luar sana yang tidak bersyukur dan sering mengeluh : rumah sempit, keluarga dan adik beradik ramai, keluarga miskin. MasyaAllah...kita masih ada banyak nikmat lain yang orang lain tidak mampu mendapatkannya. Kita ada ibu bapa....ibu bapalah pencetus rezeki kita. Tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan kedudukan ibu dan bapa dalam hidup kita.

Apa yang boleh kita sebagai anak lakukan untuk ibu bapa kita?

1) Hormati mereka. Jangan meninggikan suara.
2) Gembirakan hati mereka. Mereka tidak perlukan wang ringgit. Mereka mahu kita menggembirakan hati mereka.
3) Jangan menderhaka kepada ibu bapa. Anak derhaka tidak mencium bau syurga. Pintu rezeki akan tertutup.
4) Menjaga mereka semampu yang boleh.
5) Jika ada rezeki lebih, hantar mereka untuk menunaikan haji
6) Doakan kesejahteraan mereka.

Ingatlah....bukan mudah mereka mendidik kita...ada ibu bapa yang tidak ada ijazah tetapi mampu menjadi ibu dan bapa yang sangat berjaya.

2 comments: