Setia bersama....

Tuesday, January 8, 2013

Sekolah bagus VS sekolah sedang sedang sahaja~

Kita selalu melabel sekolah ini bagus dan sekolah itu bagus. Sekolah itu budak budaknya cukup bagus. Sekolah ini mak ai budaknya macam hantu. Lalu pelbagai persepsi diberi oleh ahli masyarakat berkenaan dengan jenis jenis sekolah pada pandangan mata mereka.  Wajarkah hal ini berlaku? Bukankah menjadi sesuatu yang negatif jika masyarakat sentiasa memberi label yang buruk terhadap sesebuah sekolah yang sedang sedang itu?

Sebenarnya,  bagus atau tidak sesebuah sekolah itu tidak bergantung 100% terhadap siapa murid muridnya. Memanglah persepsi masyarakat tidak dapat diubah. Pelajar nakal mesti masuk sekolah A kerana memang sekolah A sinonim dengan kenakalan pelajar. Namun, itu bukan faktor keadaan tersebut akan menjadi satu tradisi.

Dalam hal ini, penjenamaan semula sesebuah sekolah dapat memulihkan tanggapan masyarakat terhadap sekolah yang biasa biasa ini.  Dalam hal untuk menjenamakan semula sesebuah sekolah,  pihak pengurusan sesebuah sekolah perlu berganding bahu dan bersatu padu untuk mencipta satu trade mark sekolah yang boleh membanggakan sekolah.

Sebagai contoh, jika sekolah tidak dapat melahirkan pelajar cemerlang akademik, maka cuba lahirkan pelajar dalam bidang lain seperti kokurikulum dan sukan. Pelajar tidak mahu belajar, kita tidak boleh menjadi diktator. Pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai bukan akademik semata mata. Cipta sesuatu yang berfaedah untuk pelajar pelajar yang tidak mahu belajar.

Pentadbir khususnya pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan Hem dan kokurikulum tidak boleh bergerak sendirian. Masing masing perlu saling berhubung dan menentukan yang terbaik untuk sekolah. Dalam erti kata lain, mereka perlu kreatif dan inovatif serta proaktif untuk membangunkan pelajar dari pelbagai sudut tidak hanya bergantung kepada bidang akademik semata mata.

Pelajar merupakan aset penting dalam sesebuah negara. Tidak semua pelajar ada aset dalam akademik. Kita harus sedar, kecemerlangan tidak diukur melalui akademik semata mata.

Pada saya sekolah bagus atau sedang sedang sahaja tidam menjadi isu utama. Yang penting bagaimana pentadbir mentadbir sekolah jajahan mereka.

No comments:

Post a Comment