Saturday, March 4, 2017

Menyulam Bahagia Di Bumi Merotai

Blog baru. Cerita baru. Inspirasi baru. Semangat baru. Semakin Membara. 

Assalamualaikum...salam sejahtera

Blog yang lama entah di mana menghilang. Aku cuba mencarinya, ternyata rezeki blog lama sudah sampai ke penghujungnya. Kita buka buku baharu. Mungkin dengan lebih banyak info dan maklumat. Lama tidak menulis di sini. Agak kekok pula rasanya! Alhamdulillah. Setahun sudah saya berada di Negeri Di Bawah Bayu. Setahun sudah menetap di bumi Tawau. Hampir setahun bertugas di bumi Merotai Besar. Seronok? Sangat seronok!

Banyak perkara yang aku pelajari di sini, terutamanya bab makanan. Aku mempelajari banyak jenis makanan terutama makanan Bugis di Tawau. Haaa...di bawah ini salah satu daripadanya. Bukan setakat pandai makan ya. Aku sudah menguasai cara menyediakannya! Ini ialah Sanggar Peppek. Pisang muda yang digoreng dan dipenyekkan sebelum digoreng semula. Sedap? Memanglah!



SANGGAR PEPPEK

Satu lagi hidangan "signature" Tawau. Nasi Kuning. Hasil tangan sendiri yang tidak kurang hebatnya.


NASI KUNING 

Nasi lalap ikan putih. Memang mudah penyediaannya. Kalau beli sepinggan harganya RM7.50 hingga RM8.00. Buat sendiri lebih bermakna!

NASI LALAP IKAN PUTIH

Cukup sampai di sini dulu. Kita sambung dengan cerita-cerita hebat Merotai. Merotai yang membahagiakan!